Saturday, 7 July 2012

bismillah

dengan lafaz bismillah
saya memulakan acara menaip bagi sesi luahan..
sesi luahan yang amat berat untuk dilakukan oleh hamba Allah yang mahu dikenali sebagai "dia"

secretive adalah term yang sangat sesuai dengan hmba Allah ini
kebanyakkan mereka-mereka yang mengenali dia banyak memberi term-term yang
mendifinasi diri dia yang sukar dimengertikan

taiko
hati kering
takde perasaan

itu semua yang dia dapat sepanjang 25tahun dia bernafas..
namun, seperti manusia biasa,
terms itu hanya sikap luaran yang berjaya dipamerkan oleh dia
sikap dalamannya jauh berbeza..
jaauuuuhhh berbeza..
dan sebaliknya acronim dengan terms yang telah diberikan..

taiko = dalam hati ada taman..
hati kering = hati dia selalu basah yang mengakibatkan perubahan pada
fizikalnya iaitu mata.. disitu wujud satu gelembung seperti ini O_O (EYEBAG)

takde perasaan = dia berjaya menidakkan segala perasaan yang timbul
sepanjang dia bernafas

sehingga dia mengalami satu KEHILANGAN besar dalam hidupnya
bila dia hilang abahnya dalam pandangan mata kasar
dalam proses mengadaptasi perubahan yang berlaku..
dia banyak berubah..
juga salah satu faktor yang menambah perubahannya
apabila dia dipanggil menjadi tetamu Allah..
sesungguhnya Allah itu maha penyayang..
DIA ada dan sangat wujud..
dia menyedari bahawa Allah itu terlalu penyayang sifatNya.
ya sepanjang dia menjadi tetamu Allah,
dia mengenal sifat Allah yang maha penyayang itu

beberapa bulan selepas proses LOST itu,
dia cube mencari semula kekuatan dengan cuba membuka
hatinya untuk mencari teman pengganti.
agak sukar proses itu,
setiap malam selepas baluk dari kilang,
dia duduk mengadap komputer dan bermain game sambil mendengar lagu
lagu yang kearah pencarian jawapan kepada isihati..
namun, tidak pada dia, dia hanya mengingat Abah sepanjang mendengar lagu tu..
sah sah da mereng dia ni..

Allah sangat mengetahui sifatnya..
allah tahu bahawa dia ni sunyi dan lost selepas proses LOST itu..
allah hadirkan satu jiwa kepadanya..
satu jiwa yang pernah dirindui akan kehadirannya setelah beberapa tahun tidak berjumpa..
insan itu bukan insan baru dalam hidup dia..
kerana 9 tahun sebelum itu, dia pernah berjumpa dengan insan ini..
namun terpisah kerana proses kehidupan..
Allah maha mengetahui segala isi hati hamba ciptaanNya..
tidak terkecuali dia ni..

pernah Allah detikkan rasa rindu dia terhadap insan ni,
sehingga dia menulis sesuatu di FB dia..
dia menulis " Cikgu...." <-- cari dekat Fb
tapi selang beberapa masa,
dia mengalami proses LOST seperti yang diceritakan diatas..

daripada ini, dia mengenal erti pepatah "ada hikmah disebaliknya"
bermula apabila dia bertindak dengan berhubung semula dengan mereka2
yang pernah bersua muka dan bercakap dengan Abah..
disitu, berlakunya semula penemuan antara dia dan insan..

disitu, dia 'berjumpa' semula dengan insan diMukabuku..
diperingkat awal 'pertemuan', tiada X faktor yang berlaku..
dia dengan proses LOSTnya..
sehingga apabila
insan kerap pop up dimuka buku dan bersembang dengan dia
dia mengenal insan dengan sikap straight-to-the-point
insan memulakan sesi suai kenal..
tapi dia menerima dengan sifat was-was
bimbang dia kehilangan lagi..

proses itu berlanjutan beberapan bulan..
ada masanya bersembang dengan insan, ada masanya tidak..
lama sehingga 1 bulan.
dia berfikir tentang keseriusan insan terhadap segala apa yang
telah dikatakan sepanjang pertemuan semula itu..

tidak dinafikan, sebagai remaja NORMAL,
memang ada perasaan suka terhadap seseorang,
tapi tidak terlebih-lebih atau terlampau..
sekadar ingin merasa bahagia
tapi perasaan itu tidak diluahkan..
tidak ada keberanian, atau tidak yakin dengan perasaan itu..

oh ya, satu sifat dia yang lupa diertikan..
dia juga terkenal dengan sifat Lambat masuk gear..
sifat ini dikenalpasti sendiri oleh dia sendiri..
dia agak lambat dalam memulakan atau meneruskan Next Stage dalam hidupnya..

mungkin juga kerana proses LOST itu, baru dia sedar bahawa
dia memerlukan 'seseorang'
kerana sebelum ini,
dia merasakan dirinya lengkap tanpa perlu wujudnya 'seseorang' itu..
ada yang menggelarkan dia sebagai 'budak suci'
budak suci = tidak pernah berkapel

mengenai perkenalan semula dengan insan,
seperti yang ditulis diatas,
adakala mereka bersembang, dan adakalanya tidak..
namun,
dia mengambil usaha dalam diam untuk mengenali insan dalam diam..

page insan dibuka bagi tujuan 'taaruf' secara sendirian.
berdasarkan pemerhatian yang tidak sahih oleh dia,
dia merasakan insan FOFULAR dikalangan teman-teman..
tapi itu pemerhatian yang tidak tepat,
kerana tidak disemak oleh tuan empunya badan iaitu insan

pada peringkat ini, insan serba sedikit telah mengisi kekosongan dia.

sehingga tiba waktu, bila dia dijemput Allah untuk menjadi tetamuNya..
disana,
niat asal dia untuk kesana, agar dapat berjumpa dengan'Abah',
tapi yang anehnya..
insan sering bermain di minda dia..
aneh, tapi itulah yang berlaku..
juga,
di hadapan Kaabah,
dia berdoa tentang dia dan insan..

beberapa hari pulang daripada tanah suci,
dia dan insan bertemu dialam realiti,
di majlis reunion itu,
masing-masing berlakon seperti baru 'berjumpa' semula
masing-masing diam (mungkin kerana faktor tempat duduk yang jauh)
kekok mungkin?
dia dan insan ade jawapan bagi soalan itu.

jika sebelum ini,
dia dan insan berhubung melalui muka buku,
kini,
dia dan insan berhubung melalui sms..
walaupon sebelum ni, dia pernah menghubungi insan melalui sms,
tapi tidak berbalas

akan bersambung, InshaAllah